Kelas Microsoft Excel dan Advokasi

17 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Microsoft Excel dan Advokasiyang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang komuniti setempat.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Microsoft Excel dan sesi advokasi kepada para peserta. Para peserta telah diberi tiga (3) latihan Asas Formula dan latihan Matematik menggunakan Microsoft Excel. Tujuan latihan ini adalah untuk membantu para peserta lebih memahami teori formula yang telah dipelajari, Kelas ini diakhiri dengan menyampaikan sijil tamat kursus komputer kepada para peserta.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat. Tahniah kepada semua peserta dan selamat maju jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali